|Oo\ nissan motoring club /oO|

ANNUAL GENERAL MEETING II

HOME | ABOUT US | ARTICLES | GALLERY | SALE | LINKS

Location   : Telekom Training Centre, Jalan Semarak, K.Lumpur

Date       : 1st August 2004 (Sunday)

Time       : 1.00pm till 5.00pm

 

Attendance : 52 members (approx. 80++ incl. family & friends)

           : Mainly from Klang Valley but some are from Perlis, Kuantan, Ipoh & Rawang

 

Program    : 1. Re-registering Members

             2. Meeting

                   - ROS Registration

                   - Organization Structure

                   - Hi-Committee Selection

                   - Past & Future Activities

             3. Hi-tea

             4. Photo Session

 

Club info

 

Name       : Kebab Permotoran Nissan / Nissan Motoring Club (nismoclub)

Motto      : Semangat Ekstrim Nissan / Extreme Spirit of Nissan

Members    : Owners of Nissan automobile in Malaysia regardless model, the year make & condition.

e-mail     : nismoclub@yahoo.com

Website    : http://groups.yahoo.com/group/nismoclub

           : http://nismoclub.tripod.com

 

 

Committee members

 

President     : Atai

Vice President: Botak

Secretary     : Mike

Treasury      : K.M.Lee

Sub committee : Kodak    (KSR Speed,Shah Alam)

              : Boyie    (Kuantan)

              : Zaki     (Perlis)

              : Lan      (Super March)

              : Pian     (Nakazawa,Rawang)

              : Jepp     (Din Ekzos,Ulu Kelang)

              : Zul      (Edisi)

              : Sulaiman (Cefiro A31)

              : Habib    (Gang Botak)

 


Jika diimbau dari senario terdahulu, telah wujud beberapa kumpulan-kumpulan kecil pemilik kereta Nissan yang telah bersatu. Tetapi mereka lebih cenderung untuk berkumpul mengikut kawasan tempat tinggal atau bengkel kereta yang mereka selalu lawati atau mengikut model kereta Nissan masing-masing atau melalui ruangan forum permotoran dalam internet. Terdapat juga pemilik-pemilik Nissan yang masih bergerak secara solo yang berminat untuk menyertai kelab. NISSAN MOTORING CLUB telah menyatukan kesemua golongan-golongan ini di bawah sebuah kelab agar mereka boleh berinteraksi secara sosial sesama mereka tanpa rasa prejudis. Sehingga pada hari ini, dianggarkan seramai lebih kurang 100 pemilik Nissan telah bersetuju untuk menyertai kelab ini. Selain model kereta Nissan yang pelbagai, mereka juga terdiri dari berbilang bangsa serta berasal dari seluruh negeri di Malaysia.

Untuk meneruskan kesinambungan kewujudan kumpulan-kumpulan kecil sedia ada yang telah beroperasi sekian lama dengan baik ini, maka NISSAN MOTORING CLUB telah mengiktiraf kumpulan-kumpulan kecil ini dan mengekalkan organisasi mereka. Syarat untuk pengiktirafan kewujudan setiap kumpulan kecil ini adalah minimum ahli seramai 5 pemilik Nissan sahaja. Setiap kumpulan akan diketuai oleh seorang yang mewakili kumpulan ini sebagai AJK dalam NISSAN MOTORING CLUB. Kumpulan-kumpulan ini berhak untuk mengatur dan menganjur aktiviti mereka sendiri atau untuk keseluruhan ahli kelab yang lain. Perkara ini akan memudahkan pengoperasian NISSAN MOTORING CLUB secara keseluruhan. Interaksi juga akan menjadi mudah antara semua ahli jika terdapat maklumat yang perlu disampaikan kepada mereka. Untuk memastikan perkara ini berjalan dengan berkesan, maka setiap ahli diwajibkan untuk menyertai mana-mana kumpulan kecil yang sediada atau mewujudkan kumpulan baru mereka sendiri.

Tujuan utama NISSAN MOTORING CLUB ditubuhkan adalah untuk memberi ruang kepada ahli-ahli untuk berinteraksi dan berkomunikasi sesama mereka, berkongsi maklumat dan pengalaman yang pernah dilalui. Sumber maklumat yang luas berkenaan Nissan ini boleh membantu ahli bersedia dan berpengatahuan dalam bidang penyelenggaraan atau menaiktaraf kereta Nissan masing-masing. Bagi tujuan tersebut, aktiviti-aktiviti seperti perjumpaan bulanan, Sunday drive, Konvoi, sessi bergambar dan sebagainya dijalankan agar hubungan intim dan keakraban sesama ahli dapat dipupuk. Interaksi juga wujud di alam siber melalui forum dan e-mail. Secara tidak langsung, ahli akan mempunyai kehidupan sosial yang lebih menyeronokkan. Sudah pasti mereka akan terus berbangga, berpuas hati dan bersemangat menjadi salah seorang pemilik Nissan bersesuaian dengan motto kelab iaitu Semangat Ekstrim Nissan.