|Oo\ nissan motoring club /oO|

LATAR BELAKANG

HOME | ABOUT US | ARTICLES | GALLERY | SALE | LINKS
 

NISMOCLUB ditubuhkan pada 25/5/2003. Hari tersebut adalah mesyuarat penubuhan kelab dan merupakan mesyuarat pertama yang menggabungkan kesemua pemilik kereta Nissan, tidak mengira model dan tahun keluarannya. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Kolej Latihan Telekom, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Pada mesyuarat tersebut, nama kelab, motto kelab, AJK-AJK tertinggi serta ketua2 zon telah dipilih secara undian. Disamping itu peraturan2 kelab serta aktiviti2 yang bakal dijalankan telah dibincangkan secara terperinci.

 

Jika diimbau sebelum mesyuarat tersebut, telah wujud beberapa kumpulan-kumpulan kecil pemilik kereta Nissan yang telah bersatu. Tetapi mereka lebih cenderung untuk berkumpul mengikut kawasan tempat tinggal atau bengkel kereta yang mereka selalu lawati atau mengikut model kereta Nissan masing-masing atau melalui ruangan forum permotoran dalam internet. Terdapat juga pemilik-pemilik Nissan yang masih bergerak secara solo. NISMOCLUB telah menyatukan kesemua golongan2 ini di bawah sebuah kelab agar mereka boleh berinteraksi secara sosial sesama mereka tanpa rasa prejudis. Sehingga pada hari ini, dianggarkan seramai lebih kurang 100 pemilik nissan telah bersetuju untuk menyertai kelab ini. Selain model kereta Nissan yang pelbagai, mereka juga terdiri dari berbilang bangsa serta berasal dari seluruh negeri di Malaysia.

 

Tujuan utama kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberi ruang kepada ahli2 untuk berinteraksi dan berkomunikasi sesama mereka, berkongsi maklumat dan pengalaman yang pernah dilalui. Sumber maklumat yang luas berkenaan Nissan ini boleh membantu ahli bersedia dan berpengatahuan dalam bidang penyelenggaraan atau menaiktaraf kereta Nissan masing2. Bagi tujuan tersebut, aktiviti2 seperti perjumpaan bulanan, Sunday drive, Konvoi, sessi bergambar dan sebagainya dijalankan agar hubungan intim dan akrab sesama ahli dapat dipupuk. Interaksi juga wujud di alam siber melalui forum dan e-mail. Secara tidak langsung, ahli akan mempunyai kehidupan sosial yang lebih menyeronokkan. Sudah pasti mereka akan terus berbangga dan berpuas hati menjadi salah seorang pemilik Nissan bersesuaian dengan motto kelab iaitu Nissan, The Ultimate Satisfaction.

 

Sehingga ke hari ini, NISMOCLUB masih belum berdaftar dengan Pertubuhan Persatuan (ROS). Namun memang terdapat perancangan untuk berbuat demikian. Disamping itu juga, NISMOCLUB mempunyai perancangan untuk bekerjasama dengan pengedar rasmi kereta Nissan di Malaysia iaitu Edaran Tan Chong Motor (ETCM). Antara kerjasama yang dirancang antara NISMOCLUB dan TCM adalah:

  • Lawatan ke kilang Tan Chong Motor (TCM) di Segambut, pusat2 servis dan pejabat jualan
  • Menyediakan satu ruangan khas di dalam majalah Drive On keluaran TCM
  • Menaja sebarang aktiviti club
    • Konvoy
    • Pertandingan
    • Hari keluarga
  • Menyokong pasukan nismo dalam JGTC di Sepang
  • Terlibat dengan aktiviti anjuran TCM sebagai sukarelawan
  • Membuat promosi terhadap kereta nissan (langsung dan tak langsung)
  • Mengadakan sessi dialog antara TCM dan NISMOCLUB berkenaan sebarang isu
  • Menyediakan kursus pendek pemanduan dan penyelenggaraan kereta

Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti yang dirancang. Antaranya Go-kart day, SIC track day, Gymkhana Challenge, Treasure Hunt, Annual Dinner dan sebagainya. NISMOCLUB juga mengalu-alukan mana2 kelab kereta yang lain untuk membuat aktiviti bersama dengan NISMOCLUB.

 

Untuk menghubungi NISMOCLUB, bolehlah menghantar e-mail ke nismoclub@yahoo.com. Maklumat lanjut berkenaan dengan kelab boleh diperolehi di http://nismoclub.tripod.com atau http://groups.yahoo.com/group/nismoclub.